Kes Zara Qairina: Mahkamah Koroner benarkan mula prosiding terhadap Shafie Apdal, Mona Din

Mahkamah Koroner Kota Kinabalu benarkan permohonan AGC untuk memulakan prosiding hina mahkamah terhadap Shafie Apdal dan Mona Din berkaitan kenyataan mengenai kes kematian Zara Qairina. Gambar hiasan
Mahkamah Koroner Kota Kinabalu benarkan permohonan AGC untuk memulakan prosiding hina mahkamah terhadap Shafie Apdal dan Mona Din berkaitan kenyataan mengenai kes kematian Zara Qairina. Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner di sini membenarkan permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan aktivis, Mona Din berhubung kenyataan berkaitan kematian Zara Qairina Mahathir.

Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan membenarkan permohonan tersebut selepas mendengar hujahan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalan dan Nadia Mohd Izhar.

Hasil penelitian terhadap kertas-kertas kausa, Mahkamah Koroner mendapati terdapat prima facie bagi kesalahan menghina mahkamah (contempt of court), justeru membenarkan permohonan leave (kebenaran memulakan prosiding).

Dokumen permohonan akan diserahkan kepada Mohd Shafie dan Mona Din atau nama sebenarnya Che Muna Din dalam tempoh dua minggu.

Untuk rekod, Mohd Shafie yang juga Presiden Parti Warisan dalam satu ucapan di Sandakan sebelum ini menyifatkan kematian pelajar Tingkatan Satu itu sebagai satu pembunuhan selain mempersoalkan tatacara siasatan polis dan pakar patologi forensik.

Sementara itu, Mona Din didakwa memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap mahkamah di laman Facebook miliknya pada 4 September lalu berkaitan prosiding inkues kematian Zara Qairina.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Mahkamah Koroner Kota Kinabalu membenarkan permohonan AGC untuk prosiding menghina mahkamah terhadap Mohd Shafie Apdal dan Mona Din
  • Hakim Koroner Amir Shah membenarkan permohonan setelah mendengar hujahan dari Timbalan Pendakwa Raya
  • Terdapat prima facie bagi kesalahan menghina mahkamah, membenarkan permohonan leave
  • Dokumen permohonan akan diserahkan kepada Mohd Shafie dan Mona Din dalam tempoh dua minggu
  • Mohd Shafie mengkritik siasatan kematian Zara Qairina, Mona Din didakwa memuat naik hantaran berunsur penghinaan di Facebook

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!