Trump batal perjumpaan dengan Putin

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Rabu berkata, beliau telah membatalkan rancangan pertemuannya dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, lapor Xinhua.
"Kami telah membatalkan pertemuan dengan Presiden Putin,” kata Trump kepada wartawan di Rumah Putih. "Saya rasa ia tidak sesuai untuk diteruskan.”
"Saya rasa kami tidak akan mencapai tahap yang sepatutnya. Jadi saya batalkan, tetapi kami akan adakan pada masa depan,” tambah beliau.
Trump minggu lalu berkata, beliau akan bertemu dengan Putin di Budapest, Hungary untuk mengadakan rundingan, selepas perbualan telefon antara kedua-dua pemimpin itu. Namun pada Selasa, beliau memberitahu wartawan di Rumah Putih bahawa pertemuan itu akan menjadi "pembaziran masa.” - Bernama
Ringkasan AI
- Presiden Amerika Syarikat Donald Trump membatalkan rancangan pertemuannya dengan Presiden Rusia Vladimir Putin
- Trump menyatakan bahawa dia rasa pertemuan itu tidak sesuai untuk diteruskan
- Trump menyatakan pertemuan akan diadakan pada masa depan
- Trump awalnya berencana bertemu Putin di Budapest, Hungary berdasarkan perbualan telefon antara kedua-dua pemimpin
- Trump menyatakan pertemuan itu akan menjadi pembaziran masa
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
