Abdul Hadi ziarah Tun M, titip hadis Rasulullah

Abdul Hadi (dua kiri) membaca doa ketika menziarahi Dr Mahathir (kanan) pada Ahad.Foto: Facebook Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi (dua kiri) membaca doa ketika menziarahi Dr Mahathir (kanan) pada Ahad.Foto: Facebook Abdul Hadi Awang
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di kediamannya pada pagi Ahad.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Abdul Hadi berkata, beliau menyampaikan hadis Nabi Muhammad SAW kepada negarawan itu.

"Saya ucapkan kepada Tun dengan satu hadis Nabi Muhammad SAW.

“Sesungguhnya bagi ALLAH apa yang Dia ambil, bagi ALLAH jua apa yang Dia berikan. Setiap sesuatu mempunyai ajal yang telah ditentukan. Bersabarlah dan harapkanlah pahala,” katanya.

Sebelum itu, ziarah berkenaan turut disertai Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman.

Beliau turut mendoakan agar Dr Mahathir terus diberikan kekuatan dan kesabaran serta sentiasa mendoakan isterinya, Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohamad Ali agar beroleh kebaikan berterusan.

"Semoga Tun terus bersabar serta sentiasa mendoakan Tun Hasmah agar beroleh kebaikan berterusan, Insya-ALLAH," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!