Lelaki maut, wanita cedera kenderaan dihempap pokok tumbang

Seorang lelaki disahkan maut selepas kenderaan dinaikinya dihempap pokok pada Rabu.
Seorang lelaki disahkan maut selepas kenderaan dinaikinya dihempap pokok pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas pokok tumbang menimpa kenderaan mereka dalam kejadian ribut serta hujan lebat di beberapa kawasan sekitar ibu negara, petang Rabu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima beberapa panggilan kecemasan antara jam 4 petang hingga 5.30 petang berhubung insiden pokok tumbang di lokasi berbeza.

"Pasukan bomba telah digerakkan ke kawasan terjejas bagi menjalankan kerja-kerja penyelamatan, pemotongan pokok serta memastikan keselamatan awam terjamin," katanya pada Rabu.

Antara kenderaan terlibat dalam kejadian ribut dan hujan lebat sekitar ibu negara pada Rabu.
Antara kenderaan terlibat dalam kejadian ribut dan hujan lebat sekitar ibu negara pada Rabu.

Menurut jabatan itu, antara lokasi terjejas termasuk Jalan Metro Prima, Kepong Baru; Persiaran Dutamas, Taman Duta; dan Jalan Burung Balam, Taman Bukit Maluri.

"Di Jalan Metro Prima, seorang wanita berusia 30-an dilaporkan cedera selepas kenderaan dinaikinya dihempap pokok tumbang.

"Sementara di Hartamas Regency, Persiaran Dutamas, seorang lelaki berusia 40-an disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) selepas kenderaannya turut dihempap pokok," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pokok tumbang susulan ribut serta hujan lebat di beberapa kawasan sekitar ibu negara pada petang Rabu.
Pokok tumbang susulan ribut serta hujan lebat di beberapa kawasan sekitar ibu negara pada petang Rabu.

Tambah JBPM Kuala Lumpur, kesemua insiden berjaya ditangani dengan pantas dan kerja-kerja pembersihan telah dilaksanakan segera di semua lokasi terbabit.

"Pasukan bomba akan terus berada dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan berikutan cuaca buruk yang dijangka berterusan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki maut dan seorang wanita cedera akibat pokok tumbang menimpa kenderaan mereka semasa ribut dan hujan lebat di Kuala Lumpur
  • JBPM Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan tentang insiden pokok tumbang dari jam 4 petang hingga 5.30 petang
  • Pasukan bomba telah digerakkan untuk menjalankan kerja-kerja penyelamatan dan pemotongan pokok
  • Lokasi terjejas termasuk Jalan Metro Prima, Persiaran Dutamas, dan Jalan Burung Balam
  • Kesemua insiden pokok tumbang berjaya ditangani dengan pantas dan kerja pembersihan dilakukan segera

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!