PRN Sabah: Pas Kelantan hantar jentera bantu kemenangan PN

KOTA BHARU - Pas Kelantan sudah menghantar jentera pilihan raya bagi membantu kemenangan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Ketua Penerangan Pas Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berkata, pihaknya turut mempunyai Dewan Undangan Negeri (DUN) angkat di negeri berkenaan sebagai tanda komitmen untuk memperkukuhkan jentera parti di lapangan.
“Sudah tentu Pas Kelantan akan bantu PN di sana dan kita telah pun menghantar jentera bagi tujuan itu,” katanya semasa sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim di sini pada Rabu.
Menurut beliau, kepimpinan utama Pas Kelantan juga akan hadir ke Sabah pada 15 November ini sempena hari penamaan calon sebagai tanda sokongan kepada calon-calon PN yang bertanding.
"Insya-ALLAH, pimpinan utama kita akan turun ke sana bagi memberi suntikan semangat kepada calon dan jentera parti," katanya.
Ringkasan AI
- Pas Kelantan menghantar jentera pilihan raya untuk membantu kemenangan Perikatan Nasional di Sabah
- Memiliki Dewan Undangan Negeri angkat di Sabah sebagai tanda komitmen
- Pas Kelantan berkomitmen bantu PN di Sabah
- Kepimpinan utama Pas Kelantan akan hadir ke Sabah pada 15 November sebagai sokongan kepada calon PN
- Pimpinan utama memberi suntikan semangat kepada calon dan jentera parti
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

