Reman fasilitator kes cabul budak lelaki disambung tiga hari

Suspek disambung reman tiga hari lagi untuk membantu siasatan.
Suspek disambung reman tiga hari lagi untuk membantu siasatan.
A
A
A

BALIK PULAU - Tempoh reman fasilitator lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes cabul empat murid lelaki disambung tiga hari lagi bagi membantu siasatan polis.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, perintah sambung reman itu dibuat di Mahkamah Majistret Balik Pulau oleh Majistret Chia Huey Ting pada Rabu.

"Suspek disambung reman bermula hari ini sehingga 25 Oktober ini untuk membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Suspek sebelum ini ditahan dan direman tujuh hari bermula 16 sehingga 21 Oktober untuk membantu siasatan mengikut

Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Terdahulu, suspek dikatakan membuat kelakuan tersebut ketika mengikuti kem motivasi di sebuah kem di Kampung Genting, di sini pada tengah malam, 12 Oktober lalu.

Suspek yang berusia 33 tahun itu ditahan di rumahnya di Sungai Petani pada jam 9 malam, Rabu lalu.

Suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak itu ditahan selepas guru besar sekolah mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Bagan Serai, Perak pada hari sama.

Kesemua mangsa merupakan murid tahun 6 sekolah kebangsaan dari daerah Kerian, Perak dan datang ke kem di sini untuk mengikuti kem motivasi.

Artikel Berkaitan:

Suspek dipercayai mencabul kesemua mangsa ketika mereka sedang tidur di dorm kem terbabit.

Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau selain menjalankan perniagaan namun sering dijemput sebagai fasilitator jemputan bagi sesebuah kem motivasi.

 

 

Ringkasan AI

  • Fasilitator lelaki ditahan kerana mencabul empat murid lelaki dan remannya disambung tiga hari lagi untuk siasatan
  • Majistret Chia Huey Ting di Mahkamah Majistret Balik Pulau mengeluarkan perintah sambung reman
  • Suspek ditahan menurut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017
  • Suspek berusia 33 tahun telah ditahan di rumahnya di Sungai Petani selepas laporan dibuat oleh guru besar sekolah mangsa
  • Mangsa adalah murid tahun 6 yang hadir ke kem motivasi di Kampung Genting, dan dicabul ketika tidur di dorm kem

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!