Udara di ibu negara India bertukar toksik akibat mercun

Jerebu toksik menyelubungi New Delhi dan kawasan-kawasan sekitar ibu negara itu selepas kemeriahan sambutan Diwali pada Isnin malam. Foto AFP
Jerebu toksik menyelubungi New Delhi dan kawasan-kawasan sekitar ibu negara itu selepas kemeriahan sambutan Diwali pada Isnin malam. Foto AFP
A
A
A

NEW DELHI - Kualiti udara di ibu negara India dan beberapa bandar lain merosot selepas berjuta-juta penduduk meraikan perayaan Diwali (Deepavali) dengan membakar mercun.

Jerebu toksik menyelubungi New Delhi dan kawasan-kawasan sekitar ibu negara itu selepas kemeriahan sambutan pada Isnin malam.

Indeks kualiti udara (AQI) Delhi, yang mengukur jirim zarahan halus berukuran 2.5 mikrometer atau kurang diameter (PM2.5), mencecah paras 360 pada pagi Selasa - tahap yang dianggap berbahaya kepada kesihatan sistem pernafasan.

Ibu negara India itu, yang sekian lama bergelut dengan masalah pencemaran udara kronik, mengalami peningkatan mendadak tahap PM2.5 setiap kali sambutan Diwali akibat penggunaan mercun secara meluas.

Pencemaran udara meningkat berkali ganda antara petang dan malam Isnin, manakala jerebu kelabu menjejaskan jarak penglihatan pada Selasa.

Beberapa insiden kebakaran yang dikaitkan dengan penggunaan mercun turut dilaporkan di seluruh India. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kualiti udara di ibu negara India merosot selepas perayaan Diwali
  • Jerebu toksik menyelubungi New Delhi selepas kemeriahan sambutan Diwali
  • Indeks kualiti udara di Delhi mencapai tahap berbahaya pada pagi Selasa
  • Pencemaran udara di New Delhi meningkat setiap kali sambutan Diwali
  • Jarak penglihatan terjejas akibat jerebu kelabu pada Selasa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!