PM kunjungi kediaman Gobind Singh Deo, raikan Deepavali dengan semangat perpaduan

Anwar hadir bersama isteri dan beberapa pemimpin kanan. Foto Pejabat Perdana Menteri
Anwar hadir bersama isteri dan beberapa pemimpin kanan. Foto Pejabat Perdana Menteri
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin mengadakan kunjungan ke kediaman Menteri Digital, Gobind Singh Deo sempena sambutan Deepavali.

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata, kunjungan itu bertujuan meraikan semangat perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

"Semoga seluruh penganut Hindu berbahagia di samping keluarga tersayang,” katanya.

Anwar mengadakan kunjungan ke kediaman Gobind Singh Deo sempena sambutan Deepavali. Foto Pejabat Perdana Menteri
Anwar mengadakan kunjungan ke kediaman Gobind Singh Deo sempena sambutan Deepavali. Foto Pejabat Perdana Menteri

Turut mengiringi Perdana Menteri ialah isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beberapa pemimpin kanan turut hadir, antaranya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Anwar turut memuat naik tujuh keping gambar sempena kunjungan berkenaan.

Terdahulu, Perdana Menteri dalam satu hantaran berasingan menyeru rakyat memanfaatkan sambutan Pesta Cahaya itu untuk menyemai perpaduan, menyantuni mereka yang memerlukan dan memperteguh semangat kekitaan yang menjadi asas kekuatan negara.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, sebagai sebuah bangsa yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan kepercayaan, semangat saling menghormati serta persefahaman antara satu sama lain perlu sentiasa dipupuk dan diperkukuh. - Bernama

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkunjung ke kediaman Menteri Digital Gobind Singh Deo sempena Deepavali
  • Kunjungan itu bertujuan meraikan perpaduan dan kebersamaan berbilang kaum
  • Anwar diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa pemimpin kanan seperti Timbalan Perdana Menteri
  • Anwar memuat naik tujuh keping gambar sempena kunjungan tersebut
  • Anwar menyeru rakyat memanfaatkan Deepavali untuk menyemai perpaduan dan menghormati kepelbagaian budaya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!