Mayat lelaki ditemui dalam gaung

TAPAH – Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam gaung di kawasan Batu 23, Jalan Pahang di sini pada Sabtu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan anggota digerakkan pada jam 1.48 petang bagi membantu pihak polis membawa keluar mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu.
Menurut beliau, mangsa ditemui pada kedalaman kira-kira 3.5 meter dari jalan utama.

“Mangsa dipercayai warga tempatan dijumpai orang awam dalam keadaan baring dan lengkap berpakaian.
“Anggota kemudian melaksanakan kerja-kerja membawa naik mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat,” katanya.

Sabarodzi berkata, operasi dilaksanakan dengan penuh berhati-hati berikutan keadaan muka bumi yang curam.
“Pegawai perubatan yang menjalankan pemeriksaan mengesahkan mangsa meninggal dunia.
“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi tamat pada jam 4 petang,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
