Hos program TV dijana AI

Aisha Gaban.
Aisha Gaban.
A
A
A

LONDON - Channel 4 pada Isnin menyiarkan program TV pertama di Britain yang menampilkan hos dijana teknologi kecerdasan buatan (AI).

Dokumentari Will AI Take My Job? itu meneroka bagaimana automasi AI memberi impak kepada pelbagai profesion merentasi bidang perubatan, undang-undang, fesyen dan muzik.

Wajah, suara dan pergerakan hos diberi nama Aisha Gaban itu menggunakan sepenuhnya teknologi jenama fesyen AI, Seraphinne Vallora untuk Kalel Productions.

Ketua Berita dan Hal Ehwal Semasa saluran itu, Louisa Compton berkata, penampilan hos AI tersebut sebenarnya adalah untuk menonjolkan potensi dan risiko teknologi itu dalam bidang media.

Menurut Channel 4, program itu mematuhi garis panduan editorial mengenai ketelusan dan etika penggunaan AI.

Dokumentari itu juga mendedahkan hampir tiga perempat bos di Britain sudah pun menggunakan AI untuk tugas yang pernah dilakukan manusia. - Agensi

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Channel 4 menyiarkan program TV pertama di Britain dengan hos AI
  • Dokumentari ini meneroka impak AI dalam pelbagai profesion
  • Hos, Aisha Gaban, diberi wajah, suara, dan pergerakan oleh teknologi AI Seraphinne Vallora
  • Penampilan hos AI bertujuan menonjolkan potensi dan risiko AI dalam media
  • Hampir tiga perempat bos di Britain menggunakan AI untuk tugas manusia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!