'Foto, video tular dijana AI, ia bukan saya' - Dr Noor Hisham

SERDANG – Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menafikan sebaran video dan gambar yang tular di media sosial menggunakan wajah serta suara menyerupai beliau, yang didakwa sebagai mesej rasmi daripadanya.
Menerusi satu hantaran di platform X, beliau menegaskan bahawa kandungan tersebut adalah foto dan video yang dijana menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) serta merupakan berita palsu yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Harap maklum bahawa ini adalah foto yang dijana oleh AI dan berita palsu yang disebarkan oleh penipu.
"Ia nampak seperti saya, berbunyi seperti saya, bergerak seperti saya, berjalan seperti saya, tetapi ia bukan saya!" katanya pada Rabu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas foto dan video beliau yang digunakan satu produk kesihatan menerusi hantaran Facebook palsu.
Ringkasan AI
- Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menafikan sebaran video dan gambar yang tular mempergunakan wajah dan suaranya sebagai mesej rasmi
- Beliau menegaskan kandungan tersebut merupakan foto dan video berita palsu yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI)
- Penyebaran foto dan video palsu tersebut dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab
- Dr Noor Hisham menyatakan walaupun media tersebut tampak dan berbunyi mirip dengannya, ia sebenarnya bukan dirinya
- Isu ini timbul berkaitan dengan penggunaan foto dan video Dr Noor Hisham dalam promosi produk kesihatan melalui hantaran Facebook palsu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

