Kepimpinan Abdul Hadi jadi inspirasi perjuangan Pas

Badan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan merakamkan ucapan sanah helwah ke-78 kepada Abdul Hadi.
Badan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan merakamkan ucapan sanah helwah ke-78 kepada Abdul Hadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kepimpinan dan keteguhan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam mempertahankan prinsip Islam serta memperjuangkan agenda perpaduan ummah menjadi sumber inspirasi kepada seluruh ahli dan pendokong Pas.

Badan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan turut merakamkan ucapan sanah helwah ke-78 kepada Presiden Pas itu sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan jasanya dalam memimpin perjuangan Islam di tanah air.

Ketua Penerangannya, Izamuddin Ludin berkata, pihaknya mendoakan agar Abdul Hadi terus dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kekuatan rohani dan jasmani serta sentiasa mendapat taufik dan hidayah daripada ALLAH SWT.

“Semoga ALLAH terus memelihara dan merahmati Tuan Guru dalam meneruskan amanah perjuangan Islam,” katanya dalam kenyataan itu.

Kenyataan berkenaan turut menyebut slogan parti, 'Islam Adalah Penyelesaian' sebagai simbol komitmen terhadap dasar perjuangan Islam yang dibawa oleh Abdul Hadi.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kepimpinan Abdul Hadi Awang di Pas memperjuangkan prinsip Islam dan perpaduan ummah
  • Badan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan mengucapkan sanah helwah kepadanya untuk menghargai jasanya
  • Izamuddin Ludin mendoakan kesihatan berpanjangan dan kekuatan rohani untuk Abdul Hadi
  • Allah diminta memelihara Abdul Hadi dalam meneruskan amanah perjuangan Islam
  • Slogan 'Islam Adalah Penyelesaian' mencerminkan komitmen terhadap dasar perjuangan Islam yang dipelopori oleh Abdul Hadi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!