Remaja perempuan ditikam ketika tunggang motosikal

Gambar tular mangsa selepas ditikam suspek tidak dikenali.
Gambar tular mangsa selepas ditikam suspek tidak dikenali.
A
A
A

MELAKA – [DIKEMAS KINI] Seorang remaja perempuan cedera parah selepas dipercayai ditikam oleh individu tidak dikenali ketika menunggang motosikal di Solok Tangga Batu, Tanjung Kling di sini pada petang Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa yang berpakaian hitam menunggang motosikal seorang diri sebelum didatangi suspek yang menaiki sebuah motosikal.

Mangsa secara tiba-tiba ditikam dari arah belakang menyebabkan dia mengalami kecederaan parah sebelum diselamatkan oleh orang awam yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Melaka dengan menaiki ambulans untuk menerima rawatan lanjut.

Gambar memaparkan keadaan mangsa yang berlumuran darah di bahagian belakang turut tular di media sosial, menunjukkan kehadiran orang awam yang cuba membantu mangsa di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit memaklumkan pihak polis sedang mengesan suspek yang masih bebas.

Menurutnya, mangsa tidak mengenali suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengenal pasti motif serangan.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Remaja perempuan cedera parah selepas dipercayai ditikam oleh individu tidak dikenali ketika menunggang motosikal di Solok Tangga Batu, Tanjung Kling
  • Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang
  • Mangsa ditikam dari arah belakang menyebabkan kecederaan parah
  • Mangsa diselamatkan oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan
  • Polis sedang mengesan suspek dan melakukan siasatan untuk mengenal pasti motif serangan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!