Trump potong dana kesihatan global

Donald Trump. Foto AFP
Donald Trump. Foto AFP
A
A
A

ANKARA - Dana kesihatan global kini berada pada paras terendah dalam tempoh 15 tahun selepas Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara Eropah mengurangkan bantuan luar, mencetuskan amaran daripada pakar kesihatan bahawa dunia semakin tidak bersedia menghadapi pandemik masa hadapan, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik laporan media pada Ahad.

Presiden AS, Donald Trump telah menarik negaranya keluar daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan memotong program bantuan kesihatan utama sejak kembali ke Rumah Putih pada Januari lepas.

Sembilan negara Eropah, termasuk penyumbang utama, turut mengurangkan belanjawan bantuan luar masing-masing dengan alasan keutamaan pertahanan dan ekonomi.

Menurut Institut Penilaian dan Metrik Kesihatan yang berpangkalan di Seattle, jumlah keseluruhan dana kesihatan global telah menurun daripada AS$80 bilion pada 2021 kepada kurang daripada AS$40 bilion tahun ini.

AS mengurangkan sumbangannya sebanyak 67 peratus atau lebih AS$9 bilion, manakala United Kingdom (UK) dan Perancis masing-masing memotong sekitar 40 peratus dan 33 peratus.

WHO merancang agar 50 peratus daripada belanjawannya dibiayai melalui yuran mandatori negara anggota menjelang 2031 bagi mengurangkan kebergantungan kepada mana-mana satu negara. - Bernama-Anadolu

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Dana kesihatan global berada pada tahap terendah dalam 15 tahun akibat pengurangan bantuan oleh AS dan beberapa negara Eropah
  • Donald Trump menarik AS dari WHO dan memotong program bantuan kesihatan
  • Sembilan negara Eropah mengurangkan belanjawan bantuan dengan alasan pertahanan dan ekonomi
  • Dana kesihatan global turun dari AS$80 bilion pada 2021 kepada kurang dari AS$40 bilion
  • AS, UK, dan Perancis mengurangkan sumbangan masing-masing sebanyak 67%, 40%, dan 33%

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!