Pas teruskan misi tawan Pahang, anjur Hogoh benta tahun depan

Rosli ketika menyampaikan ceramah umum sempena himpunan tersebut. Foto FB Rosli Abdul Jabar
Rosli ketika menyampaikan ceramah umum sempena himpunan tersebut. Foto FB Rosli Abdul Jabar
A
A
A

LIPIS - Dewan Undangan Negeri (DUN) Benta menjadi lokasi seterusnya pada tahun depan selepas penganjuran Himpunan H30K-Hogoh Jelai pada Ahad.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Rosli Abdul Jabar mengumumkan keputusan tersebut ketika berucap dalam himpunan tersebut di Dataran Simpang Jalan Besar Koyan-Ringlet, Felda Sungai Koyan 1 pada Ahad malam.

"Insya-ALLAH, selepas ini kita akan hogoh DUN-DUN lain kalau tuan-puan sanggup datang lagi.

"Hasil perbincangan ringkas, Insya-ALLAH 2026 ini kita akan laksanakan Hogoh Benta, tak kira apa terjadi kita nak hogoh walaupun Benta kawasan kecil," katanya lagi.

Selain himpunan tersebut Rosli berkata, program Perikatan Nasional Tawan Pahang (PTP) juga akan diteruskan selaras dengan misi PN untuk menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dalam himpunan di Jelai, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bersama Timbalannya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hadir selain Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa; Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu negeri, Datuk Abdul Khalib Abdullah.

Turut berlangsung, peluncuran jentera H30K Hogoh Jelai yang disempurnakan oleh Abdul Hadi.

Selain ceramah umum, pelbagai acara dijalankan sempena himpunan tersebut antaranya fun run; sukan rakyat; konvoi motosikal; ziarah kasih dan pelancaran jentera pemuda.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • DUN Benta menjadi lokasi seterusnya untuk penganjuran Himpunan H30K-Hogoh Jelai pada tahun depan
  • Datuk Rosli Abdul Jabar mengumumkan keputusan tersebut di hadapan peserta himpunan di Felda Sungai Koyan 1
  • Insya-ALLAH, Hogoh Benta akan dilaksanakan pada tahun 2026 walaupun Benta merupakan kawasan kecil
  • Program Perikatan Nasional Tawan Pahang juga akan diteruskan bersamaan dengan misi untuk menawan Pahang pada PRU16
  • Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, melancarkan jentera H30K Hogoh Jelai di hadapan pemimpin dan anggota Pas serta PN Pahang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!