Penghantar barang spontan serah bungkusan kepada pengantin

SHAH ALAM - Detik indah pasangan pengantin baharu bertukar lucu apabila seorang penghantar barang hadir ke majlis tersebut bagi menyampaikan bungkusan kepada mereka.
Menerusi perkongsian video TikTok milik @novelista.co atau nama sebenar, Amin Mat Harun, kehadiran pekerja berkenaan yang datang secara spontan itu dilihat memeranjatkan kedua-dua pengantin tersebut.
Amin yang juga jurugambar bagi pasangan itu berkata, insiden mencuit hati tersebut berlaku sewaktu majlis memotong kek hendak berlangsung.
“Masa acara potong kek baru nak mula, ada abang penghantar barang cari siapa penerima nama Bella, rupanya pengantin perempuan.
“Abang itu pun segan hendak serahkan bungkusan,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Ketika ditanya sama ada keluarga pengantin sempat mempelawa lelaki berkenaan menjamu selera, Amin berkata, mereka tidak sempat berbuat demikian kerana penghantar itu segera beredar untuk meneruskan tugasnya.
“Tidak sempat ayah pengantin ajak makan, dia (penghantar barang) sudah hilang,” ujarnya.
Ringkasan AI
- Detik indah pasangan pengantin bertukar lucu apabila seorang penghantar barang hadir ke majlis menyampaikan bungkusan
- Penghantar tersebut datang secara spontan dan memeranjatkan kedua-dua pengantin
- Insiden itu berlaku sewaktu majlis memotong kek hendak berlangsung
- Penghantar mencari penerima bungkusan bernama Bella, pengantin perempuan, semasa acara potong kek
- Keluarag pengantin tidak sempat menjemput penghantar makan kerana dia segera beredar untuk meneruskan tugasnya
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

