Gara-gara tak puas hati, penghantar barang COD dicekik lelaki sasa

PAMEKASAN - Sebuah rakaman memaparkan seorang lelaki yang melakukan urus niaga secara hantaran (COD) dianiaya pembeli menjadi tular di media sosial.
Kejadian itu berlaku kerana pembeli tersebut meminta wangnya dikembalikan.
Mangsa dikenali sebagai Irwan Siskiyanto, 21, itu sempat menjelaskan kepada pasangan suami isteri tersebut bahawa dia hanya penghantar barang selepas mereka tidak berpuas hati dengan telefon bimbit yang dibeli secara COD.
Suami wanita itu kemudiannya meminta dengan kasar supaya Irwan memulangkan semula wang isterinya.
Pemuda warga Dusun Bringah, Desa Dasok, Kecamatan Pademawu, Pamekasan terus ditarik pembeli dikenali sebagai Arif @ Ayik itu.
Irwan sempat merakamkan perbuatan dia dicekik Arif yang bertubuh sasa dan kelihatan bahagian hadapan giginya turut berdarah akibat dikasari pelaku.
Isteri Arif yang hanya melihat perbuatan suaminya turut mengambil dompet milik Irwan untuk mengambil semula wangnya.
Menerusi klip tersebut, mangsa yang mengalami kecederaan pada lehernya mengesahkan dia sudah melaporkan insiden itu kepada polis. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

