X

Kindly register in order to view this article
!

ATM akan bertugas dengan berhemah sempena PKP di Kelantan

Ahmad (kiri) menyerahkan makanan kepada anggota ATM yang bertugas di Pasir Pekan.
A
A

KOTA BHARU – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menjalankan penugasan sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara profesional dalam membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Zamsari Abu Hassan berkata, selari dengan arahan yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan, maka pihaknya sudah bersedia dan akan melakukan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin.

“Kita akan melaksanakan tugas dengan penuh profesional dan berhemah supaya rakyat rasa selesa dan akhirnya matlamat Perintah Kawalan Pergerakan ini dapat dicapai demi keselamatan keseluruhan rakyat,” katanya.

Beliau ditemui ketika melakukan pemantauan sekatan di Pasir Pekan bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdulllah Mohammad Piah semalam.

Dalam pada itu, untuk penugasan Op Penawar di Kelantan, Zamsari berkata, seramai 555 kekuatan terlibat yang akan berada di lapangan iaitu di sekatan jalan raya dan rondaan.

“Ini tidak termasuk yang bekerja di markas. Mereka juga sedang bertugas. Kita akan melakukan tugas sebaik mungkin.

“Kita harapkan kerjasama sepenuhnya dari semua pihak demi kesejahteraan negara kita. Kepada mereka (anggota) yang sedang berkhidmat, kekalkan kesihatan dan lindungi diri anda,” katanya.

Semalam juga anggota ATM yang bertugas di Pasir Pekan diberikan bekalan makanan oleh Menteri Besar Kelantan.

Zamsuri juga mengucapkan setinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri di atas keprihatinan dan kebajikan yang disediakan, termasuklah PDRM dalam menjayakan PKP.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!