Beri pelanggan kod QR akaun bank sendiri, pekerja kedai pakaian ditahan

Wanita tempatan berumur 30 tahun itu ditahan Khamis lepas dan dipercayai telah melakukan kegiatan berkenaan sejak sebulan lepas. Foto hiasan
Wanita tempatan berumur 30 tahun itu ditahan Khamis lepas dan dipercayai telah melakukan kegiatan berkenaan sejak sebulan lepas. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kedai pakaian ditahan kerana disyaki mencuri wang hasil jualan perniagaan majikannya dengan meminta pelanggan membuat bayaran menggunakan kod QR akaun bank peribadinya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, wanita tempatan berumur 30 tahun itu ditahan Khamis lepas dan dipercayai telah melakukan kegiatan berkenaan sejak sebulan lepas.

Beliau berkata, suspek yang ditahan di Taman Cemerlang, Gombak, kira-kira jam 3.55 petang itu dipercayai telah mencuri sebanyak RM2,140.

"Kegiatan itu terbongkar selepas pemilik perniagaan iaitu seorang wanita berusia 46 tahun, menyedari penyelewengan tersebut ketika membuat semakan penyata perniagaannya lalu membuat laporan polis pada 6 Oktober lepas.

"Pihak polis turut merampas sebuah telefon bimbit serta sekeping kad bank bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Mohd Azam berkata, suspek mempunyai satu rekod jenayah dan kini direman empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang pekerja kedai pakaian ditahan kerana mencuri wang hasil jualan menggunakan kod QR akaun peribadinya
  • Wanita berumur 30 tahun itu telah melakukan kegiatan mencuri sejak sebulan lepas
  • Ditahan di Taman Cemerlang, Gombak dan dicurigai mencuri sebanyak RM2,140
  • Pemilik perniagaan menyedari penyelewengan dan membuat laporan polis pada 6 Oktober
  • Suspek mempunyai rekod jenayah dan kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!