X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan perlu bentang bajet kritikal

Mohamad Khir Toyo
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan digesa membentangkan bajet kritikal memandangkan perbelanjaan negara dalam keadaan meruncing ketika ini.

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berkata, kerajaan Perikatan Nasional tidak perlu mengguna pakai bajet dibentangkan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, sebaliknya membentangkan bajet baharu yang lebih realistik dalam situasi semasa.

Beliau percaya, rakyat sanggup bersama-sama kerajaan melalui suasana sukar ketika ini asalkan mereka tahu situasi sebenar dihadapi kerajaan dan perancangan untuk mengatasinya agar kerajaan tidak muflis.

"Berterus teranglah dengan rakyat, Insya-ALLAH rakyat akan faham dan bersama kerajaan sama ada timbul atau tenggelam dan janganlah rakyat diletakkan dalam situasi tidak tahu apa-apa seperti untung sabut timbul, untung batu tenggelam," katanya melalui kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut mengenai belanjawan PH sebelum ini, beliau berkata, PH mensasarkan harga minyak mentah pada $62 setong dan ia jelas menunjukkan pendapatan Petronas akan jatuh lebih 50 peratus dari jangkaan kerajaan PH.

Jelasnya, dengan berlakunya perang minta antara Amerika dan sekutunya terhadap Rusia, harga minyak mentah dunia telah jatuh di bawah $30 setong dan situasi ini jika berpanjangan, pasti akan mengurangkan pendapatan Petronas seterusnya meletakkan perbelanjaan negara dalam keadaan kritikal.

"Sebagaimana yang umum ketahui, hasil petroleum menyumbang kepada 30.9 peratus pendapatan negara.

"Ini bermakna, 40 peratus duit yang dibelanja kan oleh negara datangnya dari hasil minyak sekali gus menunjukkan Bajet 2020 yang dibentangkan oleh Lim Guan Eng (bekas Menteri Kewangan) tidak boleh dipakai sama sekali.

Dalam masa sama, beliau turut menghargai beberapa insentif dilakukan kerajaan ketika ini dalam melancarkan usaha menangani koronavirus (Covid 19) serta meringankan beban rakyat.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus