Semua premis perniagaan perlu patuhi jarak sosial satu meter

Suasana sekitar ibu kota sunyi dan agak lengang susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara selama 14 hari. -Foto Bernama
Suasana sekitar ibu kota sunyi dan agak lengang susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara selama 14 hari. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Semua pelesen, pekerja, pengunjung, pembeli dan pembekal yang ingin memasuki pasar raya, kedai runcit, restoran dan pasar dikehendaki mematuhi jarak sosial satu meter sehingga 31 Mac ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, pemilik, pekedai, persatuan atau peniaga bertanggungjawab mengawal bilangan pengunjung dalam kawasan itu dalam satu-satu masa agar wujud jarak sosial satu meter.

Dalam arahan pematuhan yang dikeluarkan hari ini, beliau berkata, semua pelesen, pekerja, pengunjung, pembeli dan pembekal digalakkan memakai topeng muka serta menyedia dan menggunakan cecair pembasmi kuman.

"Sehubungan itu, notis Arahan Pematuhan Bil 1/2020 bertarikh 22 Mac yang mewajibkan pihak yang terlibat untuk memakai topeng muka adalah dibatalkan.

"Tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 akan diambil terhadap pasar raya, kedai runcit, restoran dan pasar awam atau swasta yang gagal mematuhi arahan ini," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: