Amah tipu diperkosa suami majikan rupanya suka sama suka dihukum penjara

Amah tersebut dikatakan mula menjalinkan hubungan seksual dengan suami majikannya yang berusia 40 tahun pada September 2024. Gambar hiasan
Amah tersebut dikatakan mula menjalinkan hubungan seksual dengan suami majikannya yang berusia 40 tahun pada September 2024. Gambar hiasan
A
A
A

SINGAPURA - Gara-gara menipu diperkosa suami majikan, seorang amah berdepan padah setelah dia dihukum penjara selama tujuh hari.

Warga Indonesia berusia 36 tahun itu dikenakan hukuman itu oleh Mahkamah Singapura selepas mengaku bersalah pada Selasa.

Wanita itu mula menjadi pembantu rumah di kediaman keluarga warga tempatan di Ubi pada Mei 2023 dan turut mengasuh anak majikannya yang berusia sebulan.

Amah tersebut dikatakan mula menjalinkan hubungan seksual dengan suami majikannya yang berusia 40 tahun pada September 2024.

Menurut pendakwa raya, perbuatan itu dilakukan secara rela dan mereka telah melakukan hubungan intim sekurang-kurangnya empat kali di rumah tersebut dan kali terakhir pada 24 Februari lalu.

"Amah itu bagaimanapun mendakwa dia dirogol lebih daripada sekali menerusi aduan serangan seksual dibuat kepada polis.

"Wanita itu kemudiannya dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. Dia disoal siasat beberapa kali sebelum mengaku berbohong walaupun telah menerima wang poket tambahan daripada suami majikannya," menurut laporan CNA pada Khamis.

Sementara itu, peguam amah tersebut menjelaskan dia rasa bersalah dan mahu menamatkan hubungan terlarang itu kerana mengesyaki ia mungkin sudah diketahui majikannya.

Wanita itu juga bimbang jika dihantar pulang ke Indonesia kerana perlu terus bekerja di Singapura untuk menjana pendapatan buat keluarganya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Amah berdepan hukuman penjara tujuh hari kerana menipu diperkosa suami majikan
  • Warga Indonesia berusia 36 tahun itu mengaku bersalah di Mahkamah Singapura
  • Mula bekerja sebagai pembantu rumah pada Mei 2023 di Ubi dan mengasuh anak majikan
  • Menjalinkan hubungan seksual secara rela dengan suami majikan sejak September 2024
  • Mengaku berbohong tentang dakwaan rogol setelah menerima wang tambahan dari suami majikan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!