GPMS Kedah agih bekalan makanan

Asril menyerahkan bekalan makanan kepada pelajar di Inasis Grantt UUM.
Asril menyerahkan bekalan makanan kepada pelajar di Inasis Grantt UUM.
A
A
A

ALOR SETAR - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah mengagihkan bantuan bekalan makanan kepada penuntut di dua Universiti Awam (UA) bagi membantu mereka sepanjang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Pengerusinya, Asril Ariff Abd Malik berkata, pihaknya mengagihkan sebanyak 1,100 roti dan 326 pek mi segera melibatkan 535 penuntut di empat inapan siswa Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah.

Menurutnya, agihan bekalan makanan itu dibuat di bawah Program Bantuan Khidmat Belia Siswa GPMS Kedah dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Belia Malaysia dan GPMS Kebangsaan.

"Melalui program itu, kita berharap dapat memberi bantuan makanan asas kepada mahasiswa ataupun mahasiswi yang terkandas di institut pengajian mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Turut serta, Setiausaha GPMS Kedah, Nur Fazlin Abu Suaib Khan.

Artikel Berkaitan: