83 warga asing dikenakan tindakan NTL di pintu masuk Kelantan sejak Januari

Mohamed Yusoff Khan (tengah) mengadakan lawatan di ICQS Pengkalan Kubor, Tumpat pada Khamis.
Mohamed Yusoff Khan (tengah) mengadakan lawatan di ICQS Pengkalan Kubor, Tumpat pada Khamis.
A
A
A

TUMPAT – Gagal menjelaskan tujuan kemasukan antara sebab 83 warga asing dikenakan tindakan Arahan Penolakan Masuk (NTL) di dua pintu masuk Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (ICQS) di negeri ini sejak Januari hingga September tahun ini.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan, Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata, selain itu semakan mendapati ada dalam kalangan warga asing disyaki akan menyalahgunakan pas lawatan termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 76 kes direkodkan di ICQS Pengkalan Kubor manakala tujuh kes di ICQS Bukit Bunga, Jeli.

"Bagi kes di ICQS Pengkalan Kubor, majoriti yang dikenakan tindakan ialah warga Thailand seramai 63 orang, diikuti Kemboja (12) dan Laos (1)," katanya semasa mengadakan lawatan di ICQS Pengkalan Kubor di sini pada Khamis.

Menurut beliau, di ICQS Bukit Bunga pula, semua tujuh individu terbabit merupakan warga Thailand.

Ujarnya, tindakan NTL diambil terhadap individu asing yang gagal mematuhi syarat kemasukan ke Malaysia termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan sah, gagal menjelaskan tujuan kemasukan atau disyaki akan menyalahgunakan pas lawatan yang diberikan.

Mohamed Yusoff Khan memberitahu, pihaknya akan terus memperketat kawalan di semua pintu masuk ICQS bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.

"Semua pelawat asing dinasihatkan agar supaya mematuhi peraturan Imigresen sebelum merancang perjalanan ke Malaysia bagi mengelakkan tindakan undang-undang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Gagal menjelaskan tujuan kemasukan antara sebab 83 warga asing dikenakan tindakan Arahan Penolakan Masuk di dua pintu masuk Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Kelantan
  • Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Kelantan menyatakan bahawa warga asing tersebut turut disyaki akan menyalahgunakan pas lawatan dan tidak memiliki dokumen perjalanan sah
  • Sebanyak 76 kes direkodkan di ICQS Pengkalan Kubor dan tujuh kes di ICQS Bukit Bunga, Jeli dengan majoriti yang dikenakan tindakan adalah warga Thailand
  • Di ICQS Pengkalan Kubor, warga Thailand mendominasi jumlah kes, diikuti oleh Kemboja dan Laos
  • Pihak berkuasa akan memperketat kawalan di semua pintu masuk ICQS untuk memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terpelihara

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!