Letupan Kapal MT Federal II di Batam, 10 maut 18 cedera parah

Letupan kapal itu turut mencetuskan panik di kawasan sekitar apabila bunyi letupan dikatakan kedengaran sejauh beberapa kilometer. Gambar hiasan
Letupan kapal itu turut mencetuskan panik di kawasan sekitar apabila bunyi letupan dikatakan kedengaran sejauh beberapa kilometer. Gambar hiasan
A
A
A

BATAM– Sebanyak 10 pekerja disahkan maut manakala 18 lagi cedera parah selepas satu letupan kuat berlaku di atas kapal MT Federal II yang sedang menjalani kerja-kerja penyelenggaraan di limbungan kapal PT ASL Shipyard, Tanjunguncang, Batam pada awal pagi Rabu.

Mangsa-mangsa yang terlibat telah dihantar ke beberapa hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Menurut Ketua Polis Kepulauan Riau, YDH Inspektor Jeneral Asep Safrudin, pihak berkuasa menerima laporan mengenai kejadian sekitar jam 4 pagi dan segera menggerakkan pasukan ke lokasi.

“Benar, berlaku letupan di kapal yang sama.

"Keutamaan kami ketika ini adalah memberikan bantuan kepada mangsa serta menjamin keselamatan kawasan sekitar,” katanya.

Letupan itu turut mencetuskan panik di kawasan sekitar apabila bunyi letupan dikatakan kedengaran sejauh beberapa kilometer.

Pasukan gabungan daripada Polis Barelang, Basarnas dan Jabatan Bomba Batam telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat dan siasatan.

Lebih membimbangkan, insiden ini bukanlah yang pertama melibatkan kapal MT Federal II.

Pada Jun 2025, kapal yang sama turut terlibat dalam kebakaran besar ketika proses penyelenggaraan di limbungan PT ASL, yang mengakibatkan empat kematian dan lima lagi kecederaan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sebanyak 10 pekerja disahkan maut dan 18 lagi cedera parah selepas letupan di kapal MT Federal II di PT ASL Shipyard, Tanjunguncang
  • Mangsa dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut
  • Kejadian berlaku awal pagi Rabu dan pasukan kecemasan dirgerakkan ke lokasi selepas laporan diterima jam 4 pagi
  • Letupan mencetuskan panik, bunyi kedengaran beberapa kilometer
  • Ini bukan insiden pertama bagi kapal MT Federal II, pada Jun 2025, terlibat dalam kebakaran besar menyebabkan empat kematian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!