Tanah runtuh: Pekerja kontraktor maut, seorang lagi cedera

SEPANG – Seorang pekerja kontraktor warga Bangladesh maut manakala seorang lagi cedera selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di sebuah tapak projek di Cybersouth di sini pada Selasa.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kes itu pada jam 4.19 petang
"Seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dengkil bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh tujuh kilometer," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, setibanya pasukan di lokasi pada jam 4.27 petang, pihaknya mendapati berlaku tanah runtuh membabitkan dua lelaki.
“Seorang mangsa tertimbus di dalam tanah ketika melakukan kerja di tapak itu, manakala seorang lagi warga Bangladesh mengalami kecederaan patah tangan,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang tertimbus disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang dijalankan," ujarnya.
Ringkasan AI
- Seorang pekerja kontraktor warga Bangladesh maut dalam kejadian tanah runtuh di Cybersouth, Sepang
- Seorang lagi pekerja cedera dengan patah tangan dalam insiden yang sama
- Kejadian berlaku pada Selasa dan panggilan kecemasan diterima pada jam 4.19 petang
- Pasukan penyelamat dari BBP Dengkil tiba di lokasi pada jam 4.27 petang
- Mangsa yang tertimbus disahkan meninggal di lokasi kejadian oleh pegawai KKM
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
