X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: KLIA, KLIA2 terkawal

Polis KLIA melaksanakan SJR menerusi Ops Covid-19 di sekitar daerah terbabit.
A
A

SEPANG - Keadaan di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terkawal tanpa sebarang pelanggaran peraturan Perintah Kawalan Pergerakan.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamsah berkata, pihaknya melaksanakan rondaan dan sekatan jalan raya (SJR) bagi Ops Covid-19 secara 24 jam di sekitar daerah ini.

"Menerusi medium ini, kita menasihatkan orang ramai untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

"Kita beri kelonggaran kepada mereka di bawah kategori perkhidmatan penting terutama kakitangan yang bertugas di lapangan terbang termasuk kawasan kargo.

"Jadi mereka ini diberi kebenaran dengan syarat mereka dapat membuktikan dan mempamerkan surat pengesahan dari majikan atau dokumen penugasan mereka," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Keadaan di lapangan terbang yang terkawal dan lengang selepas perintah Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bermula Rabu lalu.
Keadaan di lapangan terbang yang terkawal dan lengang selepas perintah Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bermula Rabu lalu.

Zulkifli berkata, orang ramai yang tidak mempunyai urusan kerja diingatkan berada di rumah masing-masing sebagai langkah membendung dan menyekat penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Katanya, sepanjang operasi itu juga, premis yang diarah tutup telah mematuhi peraturan ditetapkan.

"Keadaan di dua lapangan terbang iaitu KLIA dan KLIA2 juga terkawal dan lengang memandangkan terdapat beberapa penerbangan dibatalkan," katanya.


Polis KLIA melaksanakan SJR menerusi Ops Covid-19
Polis KLIA melaksanakan SJR menerusi Ops Covid-19


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus