Putrajaya Presint 15 (1) mula garang di Kejuaraan Bolasepak B-12

Aksi SK Putrajaya Presint 15 (1) menentang SK Bukit Naga.
Aksi SK Putrajaya Presint 15 (1) menentang SK Bukit Naga.
A
A
A

PENTAS pembangunan bakat muda negara kembali menyerlah apabila edisi pertama Kejuaraan Bolasepak Bawah-12 (B-12) 2025 membuka tirainya di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru, Kuala Selangor) dengan penyertaan 16 pasukan terbaik dari Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Pasukan SK Putrajaya Presint 15 (1) tampil garang di peringkat kumpulan apabila mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam saingan Kumpulan B untuk mengesahkan tiket ke suku akhir lebih awal.

Naib juara Majlis Sukan Daerah itu bermula cemerlang dengan menewaskan SK Binjai Jaya 1-0, hasil jaringan Ku Qasyaf Syazani Ku Mohd Syahfiq pada minit ke-10, sebelum menewaskan SK Bukit Naga 1-0 menerusi gol Dhia Ziqri Azka Azlin pada minit ketujuh.

Jurulatihnya, Muhammad Yazid Abdul Karim, menzahirkan kepuasan terhadap komitmen anak didiknya yang semakin matang dalam corak permainan.

“Dua kemenangan awal ini bukti kami berada di landasan tepat. Barisan pertahanan makin kukuh, serangan juga menunjukkan peningkatan. Jika penyudah lebih tajam, pasukan ini mampu melangkah lebih jauh,” katanya.

Dalam Kumpulan A, SK Ulu Yam Bharu memulakan kempen dengan kemenangan 1-0 ke atas SK Cochrane, manakala SK Semenyih dan SK Putrajaya Presint 9 (2) terikat seri 2-2 dalam aksi sengit.

Kejohanan anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini berlangsung selama empat hari, menjadi platform penting mencungkil potensi awal pemain muda yang mampu digilap ke peringkat lebih tinggi.

Kejohanan berformat sembilan sebelah ini menampilkan juara serta naib juara setiap kumpulan mara ke peringkat kalah mati. Selangor diwakili 10 pasukan, Kuala Lumpur empat, manakala Putrajaya dua pasukan, menandakan keterlibatan luas sekolah-sekolah bandar dan luar bandar.

Kejuaraan Bolasepak B-12 dirasmikan Pengarah BSKK, Ithnin Mahadi pada 22 Ogos, turut dihadiri Pengarah Kerajaan & Industri Engagement Fraser & Neave Holdings Berhad, Norazrin Norsyam Yee, serta Presiden Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM), Norismadi Manap.

Artikel Berkaitan:

KEJUARAAN BOLASEPAK B12 TAHUN

KEPUTUSAN

KUMPULAN A

SK Ulu Yam Bharu 1-0 SK Cochrane

SK Semenyih 2-2 SK Putrajaya Presint 9 (2)

SK Cochrane 0-0 SK Semenyih

Putrajaya Presint 9 (2) 2-0 SK Ulu Yam Bharu

KUMPULAN B

SK Binjai Jaya 0-1 SK Putrajaya Presint 15 (1)

SK Bukit Naga 0-0 SK Batu Muda

SK Batu Muda 1-0 SK Binjai Jaya

SK Putrajaya Presint 15 (1) 1-0 SK Bukit Naga

KUMPULAN C

SK Damansara Damai (2) 0-2 SK Serdang UPM

SK Kebun Baharu 0-0 SK Taman Melati

SK Taman Melati 1-1 SK Damansara Damai (2)

SK Serdang UPM 1-0 SK Kebun Baharu

KUMPULAN D

SK Seri Pristana 1-0 SK Bandar Baru Salak Tinggi

SK Taman Tun Teja 2-1 SK Sultan Hisamuddin Alam Shah

SK Sultan Hisamuddin Alam Shah 1-0 SK Seri Pristana

SK Bandar Baru Salak Tinggi 0-0 SK Taman Tun Teja

Ringkasan AI

  • PENTAS pembangunan bakat muda negara melalui Kejuaraan Bolasepak B-12 2025 berlangsung di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru, Kuala Selangor dengan penyertaan 16 pasukan dari Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya
  • Pasukan SK Putrajaya Presint 15 (1) mencatat dua kemenangan berturut-turut di peringkat kumpulan, mengesahkan tempat ke suku akhir
  • Jurulatih Muhammad Yazid Abdul Karim puas dengan komitmen dan peningkatan corak permainan pasukannya
  • Kejohanan ini, yang berlangsung selama empat hari, dianjurkan oleh Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai platform menggali potensi pemain muda
  • Kejuaraan berformat sembilan sebelah ini menempatkan juara dan naib juara setiap kumpulan ke peringkat kalah mati, menampilkan keterlibatan sekolah dari bandar dan luar bandar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!