PM hubungi Presiden Mesir usahakan pakar perubatan Malaysia masuk ke Gaza

Anwar ketika sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada Selasa. Foto Bernama
Anwar ketika sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia akan berusaha bagi memastikan pakar perubatan negara dapat memasuki Gaza bagi tujuan memberikan khidmat kesihatan kepada rakyat di sana susulan pengesahan gencatan senjata ditandatangani.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan berhubung dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi bagi tujuan tersebut agar dapat memasukinya melalui sempadan Rafah.

"Kemungkinan besar petang ini kalau saya dapat bicara, saya minta supaya laluan diberikan melalui Mesir, melalui Rafah dan membawa masuk pakar perubatan.

"Daripada kita bawa mereka (rakyat Gaza) ke sini, lebih baik kita bawa pakar kita dan bantuan merentas masuk melalui Rafah dan membantu rakyat Palestin," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) berhubung usaha Malaysia bagi menghantar sukarelawan perubatan ke Gaza selain bertanyakan tentang tindakan pihak mempertikai sokongan kejaraan terhadap misi Global Sumud Flotilla (GSF), Freedom Flotilla Coalition (FCC) dan Thousand Medleens to Gaza (TMTG).

Menurut Anwar, kepulangan 32 rakyat Malaysia daripada misi itu dalam keadaan selamat membuktikan kekuatan hubungan diplomatik Malaysia dengan negara luar walaupun tidak bersetuju dengan dasar beberapa negara.

Menyentuh mengenai kontroversi undangan ke atas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 pada hujung bulan ini, Perdana Menteri berkata, Malaysia akan menggunakan peluang bertemu Trump untuk menegaskan pendirian Malaysia dan ASEAN termasuk dalam isu Palestin.

"Dalam hal ini semua negara Arab dan Islam, malah dalam surat yang dihantar oleh Hamas, mereka mahu manfaatkan hubungan kita untuk menyampaikan beberapa pandangan dan itu bagi saya adalah satu hubungan diplomasi yang matang.

"Betul kita gunakan sentimen tapi apa faedahnya kepada masyarakat Gaza? Jika ada ruang sedikit sekali pun kita pergi bincang dan kemukakan dengan baik, insya-ALLAH saya akan lakukan apabila Presiden Trump ke mari. Itu tekad saya dan pendirian saya," katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Malaysia akan berusaha memastikan pakar perubatan dapat memasuki Gaza untuk memberikan khidmat kesihatan
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan berhubung dengan Presiden Mesir untuk memasuki Gaza melalui sempadan Rafah
  • Usaha ini lebih baik daripada membawa rakyat Gaza ke Malaysia
  • Anwar Ibrahim menyatakan kepulangan selamat 32 rakyat Malaysia daripada misi di luar negara menunjukkan kekuatan hubungan diplomati Malaysia
  • Malaysia akan menggunakan pertemuan dengan Presiden AS, Donald Trump untuk menegaskan pendirian Malaysia dan ASEAN termasuk dalam isu Palestin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!