Mekdi, RMHC bawa keceriaan kepada 120 institusi kebajikan

Kegembiraan terpancar di wajah kanak-kanak Institusi Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban.
Kegembiraan terpancar di wajah kanak-kanak Institusi Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban.
A
A
A

SEREMBAN - Sempena bulan komuniti McDonald's Malaysia yang ke-9 pada tahun ini, syarikat itu bersama Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) meneruskan tradisinya meraikan anak-anak yatim di seluruh negara.

Tahun ini, program tersebut telah diperluaskan kepada kanak-kanak istimewa yang turut mendapat kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pengarah Komunikasi Korporat McDonald's Malaysia merangkap Timbalan Setiausaha RMHC, Shamsidar Yahya berkata, sepanjang bulan komuniti tahun ini yang diadakan pada bulan Oktober, lebih 120 institusi kebajikan di bawah seliaan JKM serta rumah anak yatim di bawah Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) terpilih akan diraikan.

Menurutnya, hampir 6,000 kanak-kanak akan diraikan melalui program sambutan hari jadi McDonald's dan Institusi Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah di Seremban menjadi institusi pertama dikunjungi.

"Bulan Komuniti adalah antara program utama bagi McDonald's Malaysia yang mana ia mencerminkan tanggungjawab kami sebagai jiran prihatin, memastikan kanak-kanak dapat mencipta detik bermakna dan kenangan indah.

"Tahun ini lebih istimewa kerana kami mendapat kerjasama dengan JKM sekali gus memastikan program ini benar-benar sampai kepada komuniti akar umbi dan kanak-kanak yang memerlukan perhatian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Bulan Komuniti McDonald's dan RMHC di InstitusiTaman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah di sini pada Selasa.

Persembahan tarian daripada kanak-kanak Taman Sinar Harapan.
Persembahan tarian daripada kanak-kanak Taman Sinar Harapan.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Pengurus Besar RMHC, Mohd Nasri Mohd Nordin; Pengarah Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya, N Pathmanathan; Pengarah Bahagian Komuniti JKM, Rosnah Sardi dan Pengarah JKM Negeri Sembilan, Muhammad Yusry Che Dah.

Beliau berharap kerjasama tersebut dapat menjadi pemangkin untuk mendorong lebih banyak syarikat swasta tampil melaksanakan tanggungjawab sosial, sekali gus memberi manfaat lebih meluas kepada masyarakat.

Perkukuh ekosistem penjagaan sosial negara

Selain itu,Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JKM, Rosmahwati Ishak pula meluahkan penghargaan terhadap usaha McDonald's Malaysia yang secara konsisten tampil ke hadapan dalam menjaga kebajikan rakyat, khususnya kanak-kanak yang memerlukan.

"Kekuatan rangkaian restoran McDonald's di seluruh negara membolehkan manfaat disalurkan terus ke setiap lapisan masyarakat, termasuk lokasi-lokasi yang sukar dicapai pihak lain.

"Inilah contoh terbaik bagaimana sektor swasta boleh menjadi rakan strategik kerajaan dalam memperkukuh ekosistem penjagaan sosial negara," katanya.

Tambahnya, McDonald's bukan sahaja melaksanakan tanggungiawab sosialnya, malah menjadi pemangkin untuk menggalakkan syarikat lain mencontohi usaha murni ini.

Terima manfaat

Penyerahan cek cura sumbangan RMHC bernilai RM50,000 kepada Institusi Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah untuk pembinaan bilik terapi sensori.
Penyerahan cek cura sumbangan RMHC bernilai RM50,000 kepada Institusi Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah untuk pembinaan bilik terapi sensori.

Sementara itu, RMHC turut menyumbang RM50,000 bagi pembinaan bilik terapi di institusi kebajikan terbabit yang mana bilik berkenaan akan dilengkapi dengan peralatan khas dan tenaga jurupulih.

Kemudahan itu juga mampu menyediakan sehingga 120 sesi terapi dalam tempoh sebulan bagi membantu perkembangan anak-anak terutamanya yang mempunyai masalah autisme dan ADHD.

Shamsidar berkata, seramai 96 kanak-kanak di institusi terbabit akan mendapat manfaat secara langsung dan turut dibuka kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) sekitarnya.

"la juga akan berfungsi sebagai hab latihan Negeri Sembilan yang memberi pendedahan kepada lebih ramai tenaga pengajar dan jurupulih dalam intervensi awal.

"RMHC komited menyediakan sokongan yang memberi impak besar kepada kanak-kanak dan dengan adanya bilik terapi sensori ini, kami berharap anak-anak istimewa lebih yakin, berdikari dan mampu mengembangkan potensi diri mereka,” katanya.

Jelas beliau lagi, terdapat 35 bilik terapi yang dikendalikan oleh RMHC antaranya disediakan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti dan satu di McDonald's Tampin.

Selain bilik terapi, Shamsidar berkata, RMHC turut menyokong masyarakat melalui empat inisiatif utama iaitu Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, Gift of Smile dan Pek Kembali ke Sekolah.

Tambahnya, semua ini dirangka untuk memastikan kanak-kanak mendapat sokongan menyeluruh dari segi kebajikan, kesihatan dan pendidikan.

"Program Bulan Komuniti McDonald's & RMHC sudah menjadi sebahagian daripada teras kami untuk sentiasa dekat dengan masyarakat dan setiap tahun, lebih 10,000 aktiviti komuniti dilaksanakan di seluruh negara yang telah membawa manfaat kepada ratusan ribu rakyat Malaysia," katanya.

Pada program berkenaan, McDonald's Malaysia turut menyalurkan RM10,000 tambahan untuk membawa lebih banyak keceriaan kepada anak-anak di Rumah Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah.

 

 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!