'Single mother of 7, terima kasih kenangan 18 tahun ini'- Hantaran Rebecca Nur Al Islam cetus tanda tanya

PELAKON dan usahawan Datin Rebecca Nur Al-Islam, 39, menjadi perhatian warga maya selepas memuat naik hantaran terbaharunya di Instagram.
Berkongsi foto suaminya, Datuk Norazam Sulaiman, pemenang Dewi Favourite, Dewi Remaja 2005/2006 itu berkongsi kapsyen yang menimbulkan tanda tanya.
"18 tahun kita bersama. Semoga ALLAH SWT sentiasa memberkati kamu dengan kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah.
"Terima kasih yang tidak terhingga atas kenangan 18 tahun ini.
"Kita sedang berusaha sedaya upaya, namun ALLAH SWT adalah sebaik-baik perancang," kongsinya.
Sementara itu, pada ruangan profail laman sosial milik Rebecca pula tertulis 'single mother of 7' yang memberikan bayangan sebagai ibu tunggal.
Ruangan komen hantaran berkenaan telah dibanjiri pertanyaan daripada para peminat. Rata-rata memberikan semangat dan kata-kata positif kepada Rebecca.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
