Video parodi ubah lirik lagu popular buat netizen tak kering gusi

Kereta menjadi studio mini untuk Anna Balqis mengubah lirik lagu popular secara spontan.
Kereta menjadi studio mini untuk Anna Balqis mengubah lirik lagu popular secara spontan.
A
A
A

SHAH ALAM – Siapa sangka, mengubah lirik lagu-lagu popular boleh mencetuskan fenomena hiburan baharu dalam kalangan warga maya.

Itulah yang dibuktikan Anna Balqish Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Annatongai, apabila video parodi kreatifnya di TikTok menarik perhatian ramai dengan cara santai dan mencuit hati.

Menurut wanita berasal dari Johor itu, idea mengubah lirik lagu tercetus secara spontan tanpa perancangan khusus.

"Kebanyakan lirik saya dapat masa tengah dengar lagu atau buat kerja rumah.

"Bila datang ilham, saya cepat-cepat tulis dan rakam bila ada masa lapang,” katanya kepada Sinar Harian.

Anna Balqis menjadikan keretanya sebagai 'studio rakaman' utama sambil lagu-lagu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza sering menjadi pilihan untuk diolah kerana minat terhadap penyanyi tersohor itu.

Katanya, tema yang dipilih bergantung kepada isu semasa dan situasi harian masyarakat supaya kandungan terasa dekat di hati penonton.

"Biasanya saya olah topik yang ramai orang boleh kaitkan termasuk pengalaman sendiri.

"Dari situ, orang rasa dekat dan boleh ketawa bersama," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Lebih menarik, beberapa selebriti tempatan seperti Mimifly, Sherry Alhadad, Eddy Hamid dan Kmy Kmo turut memberi reaksi terhadap videonya.

"Bagi saya, itu bonus, yang penting saya dapat buat orang gembira," katanya.

Ringkasan AI

  • Mengubah lirik lagu-lagu popular mencetuskan fenomena hiburan baharu dalam kalangan warga maya
  • Anna Balqish Abu Bakar atau Annatongai menarik perhatian di TikTok dengan video parodi kreatifnya
  • Idea mengubah lirik lagu tercetus secara spontan tanpa perancangan khusus
  • Anna Balqis menjadikan keretanya sebagai 'studio rakaman' utama dan kerap memilih lagu-lagu Siti Nurhaliza
  • Beberapa selebriti tempatan seperti Mimifly, Sherry Alhadad, Eddy Hamid dan Kmy Kmo memberi reaksi terhadap videonya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!