Niaga hadapan emas ditutup tinggi seiring harga emas global naik ke paras tertinggi baharu

Harga emas global mencapai paras tertinggi baharu iaitu AS$4,100 satu auns. Gambar hiasan
Harga emas global mencapai paras tertinggi baharu iaitu AS$4,100 satu auns. Gambar hiasan
A
A
A

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan pasaran global apabila harga emas melonjak ke paras tertinggi baharu sepanjang masa iaitu AS$4,100 satu auns.

Prestasi positif ini juga selaras dengan kenaikan dalam pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat.

Kontrak bulan semerta Oktober 2025 naik kepada AS$4,083.10 setiap auns troy daripada AS$3,998.20 sewaktu ditutup pada Jumaat, kontrak November 2025 meningkat kepada AS$4,098.30 daripada AS$4,014.40 dan kontrak Disember 2025 berada pada AS$4,114.30 daripada AS$4,031.40 sebelumnya.

Kontrak Januari 2026 mengukuh kepada AS$4,131.30 setiap auns troy daripada AS$4,048.40 sebelumnya manakala kontrak Februari 2026, April 2026 dan Jun 2026 semuanya ditutup lebih tinggi pada AS$4,147.80 daripada AS$4,065.30 setiap auns troy.

Jumlah dagangan menurun kepada 470 lot daripada 971 lot sewaktu ditutup pada Jumaat manakala kepentingan terbuka susut kepada 529 kontrak berbanding 995 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada AS$3,974.50 setiap auns troy mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 10 Oktober 2025. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi menyusuli kenaikan harga emas global
  • Harga emas global mencapai paras tertinggi baharu iaitu AS$4,100 satu auns
  • Kenaikan ini selaras dengan prestasi pasaran emas di Bursa Komoditi New York
  • Kontrak untuk bulan Oktober 2025 hingga Jun 2026 semua ditutup lebih tinggi
  • Jumlah dagangan menurun dan kepentingan terbuka susut berbanding sesi sebelumnya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!