Hamas selesai bebaskan semua 20 tahanan Israel di Semenanjung Gaza

Kenderaan ICRC beredar bersama kumpulan kedua tebusan Israel yang dibebaskan oleh Hamas di selatan Deir el-Balah, di tengah Jalur Gaza, pada 13 Oktober 2025. Foto AFP
Kenderaan ICRC beredar bersama kumpulan kedua tebusan Israel yang dibebaskan oleh Hamas di selatan Deir el-Balah, di tengah Jalur Gaza, pada 13 Oktober 2025. Foto AFP
A
A
A

BAITULMUQADDIS/ISTANBUL - Sayap tentera pergerakan Hamas, Briged Al-Qassam, pada Isnin telah menyempurnakan pembebasan 20 tahanan Israel yang masih hidup, lapor Anadolu Ajansi.

Tahanan berkenaan diserahkan kepada pasukan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dalam dua kumpulan di Semenanjung Gaza.

Sebagai pertukaran kepada pembebasan tahanan Israel itu, seramai 1,968 tahanan Palestin termasuk 250 yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup akan dibebaskan di bawah perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas. - Bernama-Anadolu

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sayap tentera pergerakan Hamas, Briged Al-Qassam, menyempurnakan pembebasan 20 tahanan Israel
  • Tahanan diserahkan kepada pasukan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah dalam dua kumpulan di Semenanjung Gaza
  • Sebagai pertukaran pembebasan tahanan Israel, 1,968 tahanan Palestin akan dibebaskan
  • Di antara tahanan Palestin yang akan dibebaskan termasuk 250 yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • Perjanjian ini merupakan sebahagian daripada gencatan senjata antara Israel dan Hamas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!