Perkembangan terkini selepas gencatan senjata di Gaza

Orang ramai berjalan pulang ke kediaman di sepanjang jalan yang musnah berhampiran bangunan-bangunan yang rosak teruk di tengah bandar Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza selepas pengunduran pasukan Israel. (Foto AFP)
Orang ramai berjalan pulang ke kediaman di sepanjang jalan yang musnah berhampiran bangunan-bangunan yang rosak teruk di tengah bandar Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza selepas pengunduran pasukan Israel. (Foto AFP)
A
A
A

GAZA - [DIKEMAS KINI] Fasa pertama perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel berkuat kuasa pada Jumaat menyaksikan rakyat Gaza yang sebelum ini terpaksa melarikan diri daripada peperangan mula pulang ke kediaman masing-masing.

Fasa pertama perjanjian tersebut turut menggariskan pembebasan dan pertukaran tahanan Palestin serta tebusan Israel.

Penduduk Palestin dalam perjalanan menuju ke Bandar Gaza melalui koridor Netzarim dari Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza selepas Israel mengisytiharkan gencatan senjata di Gaza dan mula menarik balik pasukannya pada 10 Oktober (Foto AFP)
Penduduk Palestin dalam perjalanan menuju ke Bandar Gaza melalui koridor Netzarim dari Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza selepas Israel mengisytiharkan gencatan senjata di Gaza dan mula menarik balik pasukannya pada 10 Oktober (Foto AFP)

Berikut merupakan perkembangan semasa di Gaza;

-Puluhan ribu penduduk Palestin terus pulang ke rumah masing-masing di utara Gaza, namun kebanyakan mereka hanya menemui runtuhan dan kawasan kejiranan yang musnah akibat pengeboman hebat oleh Israel.

-Perkhidmatan Pertahanan Awam Palestin di Gaza memaklumkan sekurang-kurangnya 150 mayat telah ditemui di seluruh wilayah itu sejak pagi Jumaat, ketika gencatan senjata antara Israel dan Hamas masih berkuat kuasa.

-Pihak Israel memaklumkan pihaknya mula memindahkan tahanan Palestin ke dua buah penjara sebagai persediaan untuk dibebaskan di bawah perjanjian gencatan senjata yang turut melibatkan pembebasan tawanan Israel yang ditahan di Gaza.

-Mesir mengesahkan bahawa Presiden AS, Donald Trump, akan bersama-sama mempengerusikan sidang kemuncak mengenai Gaza pada Isnin di Sharm el-Sheikh, yang turut akan dihadiri Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, serta lebih 20 pemimpin negara lain.

Artikel Berkaitan:

-Pengarah Besar Hospital-Hospital di Gaza, Mohammad Zaqout meminta supaya bekalan ubat-ubatan dan deligasi perubatan dapat segera dibawa masuk ke Gaza kerana perkhidmatan kesihatan kritikal.

Ringkasan AI

  • Fasa pertama perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel menyebabkan rakyat Gaza pulang ke kediaman
  • Perjanjian itu menggariskan pembebasan dan pertukaran tahanan Palestin serta tebusan Israel
  • Penduduk Palestin pulang menemui kediaman mereka musnah akibat pengeboman
  • Sekurang-kurangnya 150 mayat telah ditemui di Gaza sejak gencatan senjata
  • Mesir akan menjadi tuan rumah sidang kemuncak mengenai Gaza yang juga dihadiri oleh pemimpin dunia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!