Gara-gara ejek di WhatApps, remaja 16 tahun maut ditikam

Gambar ilustrasi pembunuhan daripada Kompas.com
Gambar ilustrasi pembunuhan daripada Kompas.com
A
A
A

JAKARTA – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dikenali AFDD ditemui maut dalam keadaan berlumuran darah di kawasan Pondok Gede, Kota Bekasi pada Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Kasat Reskrim) Polres Metro Bekasi Kota, AKBP Braiel Arnold Rondonuwu berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai diserang sekumpulan individu.

“Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring tidak bernyawa di Jalan Raya Hankam, dengan kesan luka tikaman di bahagian belakang sebelah kiri.

"Berdasarkan keadaan fizikal, mangsa dipercayai menjadi mangsa keganasan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mayat mangsa ditemui pada hari Khamis kira-kira jam 2.30 petang waktu tempatan sebelum dibawa ke Rumah Sakit Polri Kramat Jati untuk proses bedah siasat.

Susulan penemuan itu, polis melancarkan operasi siasatan dan berjaya menahan tiga individu yang disyaki terlibat, masing-masing dikenali dengan NP, RFS, dan IMS.

Bagaimanapun, seorang lagi suspek utama yang dikenali sebagai H masih bebas dan telah dimasukkan ke dalam Daftar Pencarian Orang (DPO).

“Polis turut merampas senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam kejadian, dan ketiga-tiga suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Metro Bekasi Kota bagi tujuan siasatan lanjut,” kata Braiel.

Hasil soal siasat mendapati insiden berkenaan berpunca daripada perselisihan antara mangsa dan suspek utama, H, yang bermula melalui pertukaran mesej di aplikasi WhatsApp.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, kedua-duanya saling mengejek dan mencabar menerusi mesej sebelum mangsa dikatakan bertindak mendatangi suspek dan berlaku pergelutan.

“Berlaku perselisihan dan cabar-mencabar di WhatsApp yang mencetuskan ketegangan.

"Mangsa mendatangi suspek dan mereka berkelahi, sebelum rakan-rakan suspek turut campur tangan dan menyerang mangsa sehingga tidak berdaya,” jelas Braiel.

Kes kini disiasat di bawah kesalahan jenayah berat melibatkan kematian dan keganasan berkumpulan.

Ringkasan AI

  • Seorang remaja lelaki 16 tahun dikenali AFDD ditemui maut di Pondok Gede, Kota Bekasi
  • Mangsa dipercayai diserang oleh sekumpulan individu dengan kesan luka tikaman
  • Mayat ditemui pada hari Khamis dan dibawa ke Rumah Sakit Polri Kramat Jati untuk bedah siasat
  • Polis telah menahan tiga individu dan seorang lagi suspek utama masih bebas
  • Insiden tersebut berpunca daripada perselisihan yang bermula di aplikasi WhatsApp antara mangsa dan suspek utama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!