Inkues Zara Qairina: Saksi kanak-kanak ke-11 beri keterangan

KOTA KINABALU - Prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir disambung semula pada Isnin dengan mendengar keterangan saksi ke-20 di Mahkamah Koroner di sini.
Saksi yang terlibat ialah kanak-kanak ke-11 yang didengar keterangannya melalui 'in camera' di hadapan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Semasa prosiding yang memasuki hari ke-21, saksi kanak-kanak tersebut ditemani ibunya sebagai pendamping.
Turut disediakan dua lagi saksi kanak-kanak untuk memberi keterangan sekiranya saksi ke-20 selesai memberi keterangannya dalam prosiding tersebut.
Inkues tersebut dihadiri oleh pasukan-pasukan peguam yang dibenarkan Mahkamah Koroner sebagai pihak berkepentingan bagi mewakili anak guam masing-masing termasuk ibu dan bapa Zara Qairina.
Sementara itu, petugas media tidak dibenarkan membuat liputan sepanjang saksi kanak-kanak memberi keterangan di mahkamah tersebut.
Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) keesokan harinya.
Ringkasan AI
- Prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir disambung semula dengan mendengar keterangan saksi ke-20
- Saksi yang didengar adalah kanak-kanak ke-11 dan ditemani ibunya semasa memberi keterangan
- Dua lagi saksi kanak-kanak disediakan untuk memberi keterangan
- Pasukan peguam hadir mewakili anak guam termasuk ibu bapa Zara Qairina
- Media tidak dibenarkan membuat liputan semasa prosiding inkues berlangsung
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
