Guru ajar murid seterika pakaian raih pujian netizen

Muchamad Viki Adi Purba sedang mengajar anak murid seterika pakaian. - Agensi
Muchamad Viki Adi Purba sedang mengajar anak murid seterika pakaian. - Agensi
A
A
A

KEDIRI – Tindakan seorang guru Sekolah Dasar (SD) di Kediri, Jawa Timur mengajar pelajarnya cara menyeterika di dalam kelas tular di media sosial dan mencuri perhatian ramai kerana dianggap mendidik nilai kemandirian sejak kecil.

Video yang dimuat naik di TikTok oleh akaun @pikipurba menunjukkan guru berkenaan dengan penuh semangat membimbing pelajar lelaki dan perempuan menyeterika pakaian di dalam kelas, sambil menolak budaya patriarki dan menekankan pentingnya keterampilan hidup asas.

Aksi tersebut disambut positif oleh warganet yang memuji inisiatif berani itu, kerana menyuntik unsur kemahiran asas dalam pembelajaran sekolah rendah bagi membentuk karakter mandiri, tanggungjawab dan kesamaan jantina.

Guru berkenaan, Muchamad Viki Adi Purba atau dikenali sebagai Piki Purba, berusia 29 tahun dan mengajar Pendidikan Agama Islam di SDN Kras 2 Kediri sejak tahun 2022.

Beliau menjelaskan, aktiviti menyeterika itu merupakan sebahagian daripada pengajaran keterampilan hidup asas yang mengajar murid tentang disiplin dan tanggungjawab terhadap diri sendiri.

“Melipat dan menyetrika baju kelihatan seperti hal kecil, tapi bagi anak usia sekolah dasar, ia membentuk karakter penting seperti fokus, berhati-hati dan menghargai proses,” katanya kepada portal Wolipop.

Menurut Piki, walaupun aktiviti itu dijalankan dalam kelas Pendidikan Agama Islam, ia membantu membina nilai moral dan mental yang kukuh dalam diri pelajar.

Katanya, beliau mahu murid bukan sahaja pintar secara akademik, tetapi juga memiliki kemahiran praktikal dan jiwa berdikari.

“Anak-anak sebenarnya senang bila diberi kepercayaan dan cabaran dan dari situ mereka belajar bahawa mereka mampu.

Artikel Berkaitan:

"Tugas guru hanyalah memberi ruang dan peluang untuk mereka berkembang,” katanya. - Agensi

Ringkasan AI

  • Guru di Kediri mengajar pelajarnya cara menyeterika di kelas sebagai bentuk pendidikan kemandirian
  • Video pengajaran tersebut tular di media sosial dan dipuji kerana membentuk kemahiran asas di sekolah rendah
  • Muchamad Viki Adi Purba, guru berusia 29 tahun, mengajar Pendidikan Agama Islam di SDN Kras 2 Kediri
  • Aktiviti menyeterika diajarkan sebagai bagian dari pengajaran keterampilan hidup untuk membina disiplin dan tanggungjawab
  • Piki Purba percaya aktiviti itu bantu membina nilai moral dan mengajar pelajar menjadi mandiri serta bertanggungjawab

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!