Dunia perlu salur bantuan tanpa syarat ke Gaza - Hamzah

Malaysia dan masyarakat antarabangsa perlu berganding bahu menyalurkan bantuan tanpa syarat ke Gaza selepas gencatan senjata antara Hamas dan Israel berkuat kuasa.
Malaysia dan masyarakat antarabangsa perlu berganding bahu menyalurkan bantuan tanpa syarat ke Gaza selepas gencatan senjata antara Hamas dan Israel berkuat kuasa.
A
A
A

SHAH ALAM – Malaysia dan masyarakat antarabangsa perlu segera berganding bahu bagi memastikan bantuan kemanusiaan ke Gaza dapat disalurkan tanpa syarat susulan gencatan senjata antara Hamas dan Israel yang telah berkuat kuasa.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, persetujuan itu sebagai sinar baharu buat rakyat Palestin selepas dua tahun wilayah Gaza dimusnahkan rejim Zionis.

"Kini masa untuk dunia menumpukan kepada proses pemulihan Gaza, membina semula bukan sahaja infrastruktur yang musnah, tetapi maruah dan masa depan rakyatnya.

"Semoga gencatan senjata ini menjadi titik tolak kepada keamanan yang berkekalan, bukannya sekadar jeda sementara yang dipengaruhi percaturan kuasa besar dunia.

“Kita akan terus menyokong dan bersolidariti dengan rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk kemerdekaan berasaskan prinsip kebenaran dan keadilan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Hamas pada Rabu mengesahkan bahawa satu perjanjian telah dicapai bagi menamatkan perang di Gaza, yang turut merangkumi pengunduran tentera Israel serta pelaksanaan pertukaran tahanan dan tebusan.

Dalam kenyataan rasmi, Hamas memaklumkan persetujuan itu dicapai selepas rundingan 'bertanggungjawab dan serius' bersama beberapa faksi perjuangan Palestin berhubung cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang diadakan di Sharm el-Sheikh.

Menurut kenyataan itu, perjanjian berkenaan bertujuan menamatkan 'perang pemusnahan terhadap rakyat Palestin' serta memastikan pengunduran sepenuhnya penjajahan Israel dari Gaza.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Malaysia dan masyarakat antarabangsa perlu memastikan bantuan kemanusiaan ke Gaza disalurkan tanpa syarat susulan gencatan senjata antara Hamas dan Israel
  • Gencatan senjata itu dilihat sebagai sinar baharu buat rakyat Palestin selepas dua tahun wilayah Gaza dimusnahkan
  • Dunia perlu menumpukan kepada proses pemulihan Gaza dan membina semula infrastruktur serta maruah rakyatnya
  • Gencatan senjata diharap menjadi titik tolak kepada keamanan berkekalan
  • Hamas mengesahkan perjanjian gencatan senjata yang turut merangkumi pengunduran tentera Israel serta pertukaran tahanan dan tebusan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!