Malaysia tidak diketepikan dalam Sidang Kemuncak Gencatan Senjata Gaza - Mohamad Hasan

Mohamad (kiri) ketika menyampaikan sumbangan Deepavali kepada penerima di DUN Rantau dan Parlimen Rembau pada Ahad.
Mohamad (kiri) ketika menyampaikan sumbangan Deepavali kepada penerima di DUN Rantau dan Parlimen Rembau pada Ahad.
A
A
A

RANTAU – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan bahawa Malaysia tidak diketepikan daripada Sidang Kemuncak Antarabangsa di Sharm el-Sheikh, Mesir yang membincangkan usaha memuktamadkan perjanjian gencatan senjata di Gaza.

Beliau menjelaskan, sidang kemuncak tersebut dianjurkan oleh kumpulan tidak rasmi yang menghimpunkan negara Arab dan Islam utama seperti Turkiye, Indonesia dan Pakistan serta telah dirancang lebih awal sebelum beliau memegang jawatan Menteri Luar.

Menurutnya, sidang kemuncak itu melibatkan kumpulan tidak rasmi melibatkan gabungan negara-negara Arab serta negara Islam terbesar seperti Turkiye, Indonesia dan Pakistan.

“Itu memang telah dibuat sebelum saya jadi Menteri Luar.

“Bukan kita tak hantar wakil, tetapi itu memang satu kumpulan informal yang dah lama wujud selain OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) iaitu gabungan negara Arab dan negara Islam besar seperti Indonesia, Pakistan dan Turkiye,” katanya ditemui pada program penyampaian sumbangan Deepavali kepada lebih 1,000 penerima di DUN Rantau dan Parlimen Rembau.

Jelas beliau, Malaysia sering dirujuk oleh negara-negara dalam kumpulan tersebut untuk mendapatkan pandangan rasmi dan tidak rasmi, termasuk ketika beliau berada di New York baru-baru ini.

“Saya dibawa berbincang oleh rakan sejawat secara tidak formal. Mereka minta pandangan saya dan saya nyatakan, ini adalah peluang terakhir untuk rakyat Palestin di Gaza. Kalau tidak, kita akan ‘miss the boat’ dan tidak tahu apa akan jadi selepas ini.

“Hamas hanya bersetuju terhadap beberapa perkara dalam rundingan tersebut, ia tetap satu langkah penting ke arah penyelesaian konflik,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan sidang kemuncak antarabangsa di Sharm el-Sheikh dianjurkan bagi menyokong perjanjian gencatan senjata baharu antara pihak terlibat dalam konflik Gaza dipengerusikan bersama oleh Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Artikel Berkaitan:

Ia menghimpunkan lebih 20 pemimpin dunia termasuk dari negara-negara Arab dan Barat yang utama sidang ini adalah untuk menamatkan perang di Gaza, mempercepat bantuan kemanusiaan dan memastikan laluan diplomasi terus terbuka.

 

 

Ringkasan AI

  • Malaysia tidak diketepikan daripada Sidang Kemuncak Antarabangsa di Sharm el-Sheikh untuk membincangkan gencatan senjata di Gaza
  • Sidang kemuncak dianjurkan oleh kumpulan tidak rasmi melibatkan negara Arab dan Islam utama seperti Turkiye, Indonesia dan Pakistan
  • Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, menghadiri program penyampaian sumbangan Deepavali menjelaskan Malaysia sering dirujuk untuk pandangan
  • Sidang tersebut dibuat sebelum Datuk Seri Mohamad Hasan menjadi Menteri Luar
  • Sidang kemuncak antarabangsa itu bertujuan untuk menamatkan perang di Gaza, mempercepat bantuan kemanusiaan dan memastikan laluan diplomasi terbuka

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!