Kibar bendera Israel, polis Kelantan buka kertas siasatan

Polis Kelantan membuka kertas siasatan berkaitan Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza pada Jumaat lalu yang mengibarkan bendera Israel.
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berkaitan Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza pada Jumaat lalu yang mengibarkan bendera Israel.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan membuka kertas siasatan berkaitan Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza pada Jumaat lalu yang mengibarkan bendera Israel.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, walaupun ianya hanya gimik semasa melakonkan semula apa yang berlaku kepada sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF).

"Siasatan tersebut dilakukan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

"Sebarang lambang kebangsaan tanpa kelulusan seperti bendera Israel adalah menjadi kesalahan," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Menurut beliau, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengibarkan bendera Israel semasa mengadakan protes meskipun dengan niat untuk mengecam.

Ujarnya, ia bagi mengelakkan timbul salah anggap yang boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Sinar Harian Online melaporkan, tindakan Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia mengibarkan bendera Israel semasa Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza pada Jumaat lalu hanya gimik semasa melakonkan semula apa yang berlaku kepada sukarelawan GSF.

Program anjuran bersama Komuniti Floating Market Sri Tanjung itu mendapat kecaman serta pelbagai pandangan orang ramai di media sosial apabila menampilkan sebuah bot yang mengibarkan panji rejim Zionis iu.

Menurut Pengarah Program, Mohd Khairul Hafiz Hassan, situasi tersebut hanyalah simulasi dan tidak mempunyai niat lain serta menyinggung mana-mana pihak.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis Kelantan membuka kertas siasatan berkaitan Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza kerana mengibarkan bendera Israel
  • Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949
  • Mengibarkan sebarang lambang kebangsaan tanpa kelulusan termasuk bendera Israel adalah kesalahan
  • Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengibarkan bendera Israel semasa mengadakan protes untuk mengelakkan salah anggap
  • Tindakan mengibarkan bendera Israel adalah gimik melakonkan semula apa yang berlaku kepada sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF)

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!