Nama terpanjang di dunia: 2,253 perkataan unik

Laurence menunjukkan senarai namanya yang panjang. Foto Agensi
Laurence menunjukkan senarai namanya yang panjang. Foto Agensi
A
A
A

WELLINGTON - Siapa sangka lelaki ini mempunyai lebih 2,000 nama tengah, sekali gus mencipta rekod dunia.

Laurence Watkins dari New Zealand berkata, dia sentiasa teruja dengan Rekod Dunia Guinness yang cuba dipecahkan ramai orang.

"Saya mahu menjadi sebahagian daripada kumpulan yang membuat pencapaian luar biasa itu. Saya mengkaji banyak kategori sebelum memilih nama terpanjang," jelasnya.

Difahamkan, nama tengahnya berasal daripada pelbagai budaya dan senarai itu termasuk perkataan seperti love, math serta watak fiksyen seperti Sherlock, tuhan purba digelar Dionysus dan makanan seperti tofu.

Laurence akhirnya mencipta rekod dunia untuk kategori nama individu paling panjang dengan 2,253 perkataan unik secara total.

Pada mulanya, permohonan untuk menambah nama ditolak ketua pendaftar, namun ia kemudiannya diluluskan setelah kes itu difailkan di Mahkamah Tinggi New Zealand.

Dia bernasib baik kerana hakim berpihak kepadanya.

Demi rekod, nama panjang itu telah memberi banyak kesulitan kepadanya apabila mengisi borang dan ketika upacara perkahwinannya yang terpaksa mengambil masa lebih 20 minit untuk melafazkan kesemuanya.

"Nama tengah kegemaran saya ialah AZ2000 yang bermaksud saya ada nama dari A hingga Z dan saya ada 2,000 nama," ujarnya lagi. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Laurence Watkins dari New Zealand memiliki lebih dari 2,000 nama tengah, mencipta rekod dunia Dia terinspirasi oleh Rekod Dunia Guinness dan memilih kategori nama terpanjang Nama tengahnya merangkumi perkataan dari pelbagai budaya, termasuk love, math, watak fiksyen dan makanan Laurence mencipta rekod dengan 2,253 perkataan unik dalam namanya Upacara perkahwinannya terpaksa mengambil masa lebih 20 minit untuk melafazkan kesemua nama tengahnya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!