3 maut dalam nahas pesawat ringan di Australia

SYDNEY - Tiga orang maut selepas sebuah pesawat ringan terhempas lalu terbakar di selatan Wollongong, tenggara Australia pada pagi Sabtu, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan polis New South Wales (NSW), pesawat itu terhempas di Lapangan Terbang Shellharbour sejurus selepas berlepas dan api berjaya dipadamkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat NSW.
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia telah dimaklumkan berhubung insiden berkenaan, menurut kenyataan itu. - Bernama/Xinhua
Ringkasan AI
- Tiga orang maut selepas pesawat ringan terhempas di selatan Wollongong, Australia
- Insiden itu berlaku pada pagi Sabtu
- Pesawat terhempas di Lapangan Terbang Shellharbour sejurus selepas berlepas
- Api yang tercetus dari kemalangan itu berjaya dipadamkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat NSW
- Biro Keselamatan Pengangkutan Australia dimaklumkan tentang insiden tersebut
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
