Remaja lelaki maut dalam nahas enam kenderaan

Keadaan salah sebuah motosikal dan bas yang terbabit dalam nahas berkenaan. - Foto: IPD Batu Pahat
Keadaan salah sebuah motosikal dan bas yang terbabit dalam nahas berkenaan. - Foto: IPD Batu Pahat
A
A
A

BATU PAHAT – Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang diboncengnya terlibat dalam nahas membabitkan lima kenderaan lain di Kilometer (KM) 75.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah berkata, kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 2.30 pagi itu melibatkan sebuah bas, sebuah kereta, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan tiga buah motosikal.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila tiga motosikal dari arah utara menuju selatan terlibat dalam kemalangan sesama sendiri.

“Keadaan itu menyebabkan seorang penunggang dan pemboncengnya daripada sebuah motosikal terjatuh ke jalan raya sebelum dilanggar oleh sebuah bas, kereta dan MPV dari arah sama yang tidak sempat mengelak.

Keadaan kereta dan MPV yang terlibat dalam nahas terbabit. - Foto: IPD Batu Pahat
Keadaan kereta dan MPV yang terlibat dalam nahas terbabit. - Foto: IPD Batu Pahat

“Akibatnya, pembonceng motosikal, Muhammad Ammar Zafran Khairul Nizam, 14, mengalami kecederaan parah di kepala, tangan dan kaki sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya.

Sementara itu, Shahrulanuar Mushaddat berkata, penunggang motosikal berusia 16 tahun turut mengalami kecederaan di bahagian tangan dan kaki.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau membahayakan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Remaja lelaki maut dalam nahas melibatkan lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan
  • Nahas berlaku pada jam 2.30 pagi Ahad di KM 75.6 arah selatan
  • Libatkan sebuah bas, kereta, MPV dan tiga motosikal
  • Muhammad Ammar Zafran Khairul Nizam, 14, meninggal dunia akibat kecederaan parah
  • Siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!