[VIDEO] Kerajaan terus utamakan pembangunan sukan - PM

A
A
A

IPOH – Kerajaan akan terus memberi keutamaan terhadap pembangunan sukan negara sebagaimana sektor lain seperti ekonomi, budaya dan pendidikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tumpuan terhadap sukan bukan sahaja penting untuk melahirkan atlet berdisiplin dan berdaya saing, tetapi juga berperanan memperkukuh semangat perpaduan antara rakyat pelbagai kaum di negara ini.

"Semalam saya dah umum panjang (Belanjawan 2026) tentang sukan, olahraga, semangat perpaduan. Hargai sumbangan anak-anak muda dalam sukan dan olahraga.

"Saya tentu sama Hannah Yeoh (Menteri Belia dan Sukan) akan perhati, cuba bantu apa yang mampu. Sekecil-kecilnya, sebesar-besarnya, apa yang mungkin kerana negara ini nak maju dari segi ekonomi, nak maju dari segi budaya, nak maju dari segi intelek, tapi nak maju dari segi sukan rakyat ini,” katanya.

Anwar (tengah) ketika menyempurnakan perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2025 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Bandar Meru Raya, pada Sabtu.
Anwar (tengah) ketika menyempurnakan perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2025 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Bandar Meru Raya, pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2025 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Bandar Meru Raya di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Hannah.

Anwar berkata, kerajaan akan terus menyalurkan bantuan dan sokongan dalam pelbagai bentuk bagi memastikan kegiatan sukan terus berkembang dan menjadi medium penyatuan masyarakat.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut menyeru semua rakyat agar terus memupuk semangat perpaduan serta mengekalkan disiplin tinggi dalam setiap aktiviti sukan yang dijalankan.

“Jadi, itu saja saya nak sampaikan. Terus dengan semangat, disiplin, perpaduan. Tengok ni Cina, Melayu, India, Kadazan semua ada," katanya.

Pada majlis itu, Anwar turut menyampaikan Anugerah Sukan Untuk Semua serta melepaskan peserta Larian Ria Madani.

 

Ringkasan AI

  • Kerajaan akan terus memberi keutamaan pada pembangunan sukan negara
  • Perdana Menteri menekankan pentingnya sukan dalam melahirkan atlet berdisiplin dan memperkukuh semangat perpaduan
  • Belanjawan 2026 menyentuh tentang pembangunan sukan dan perpaduan
  • Kerajaan akan menyediakan sokongan dalam pelbagai bentuk untuk pembangunan sukan
  • Anugerah Sukan Untuk Semua diberikan oleh Perdana Menteri pada Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2025

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!