Belanjawan 2026: Gaji Jemaah Menteri terus dipotong 20 peratus

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan semua anggota Jemaah Menteri akan terus membuat pemotongan gaji sebanyak 20 peratus.
Kenyataan itu dibuat ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Dalam masa sama, beliau juga mengumumkan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 2 akan mula berkuat kuasa Januari 2026 susulan penstrukturan semula gaji penjawat awam.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan semua anggota Jemaah Menteri akan terus membuat pemotongan gaji sebanyak 20 peratus
- Kenyataan itu dibuat ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat
- Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 2 akan mula berkuat kuasa Januari 2026
- Susulan penstrukturan semula gaji penjawat awam
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

