Belanjawan 2026: Mohamad Sabu hadir ke Parlimen walaupun cuti sakit

Mohamad hadir ke Dewan Rakyat pada petang Jumaat bagi mendengar pembentangan Belanjawan 2026.
Mohamad hadir ke Dewan Rakyat pada petang Jumaat bagi mendengar pembentangan Belanjawan 2026.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu hadir ke Dewan Rakyat pada petang Jumaat bagi mendengar pembentangan Belanjawan 2026.

Walaupun masih dalam tempoh cuti sakit dan dinasihatkan supaya berehat, beliau tetap berpendapat pembentangan belanjawan adalah acara penting yang hanya berlangsung sekali setahun serta melibatkan kepentingan seluruh rakyat, khususnya sektor pertanian dan keterjaminan makanan negara.

Setiausaha Akhbarnya, Adeysham Nor berkata, Mohamad tidak dapat menerima sebarang temuramah memandangkan beliau akan terus pulang ke rumah untuk berehat seperti dinasihatkan oleh doktor.

"Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas doa, ucapan serta sokongan yang diberikan oleh semua pihak sepanjang tempoh pemulihan," katanya.

Terdahulu, Mohamad menerima rawatan rutin di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur selepas terdapat simptom keletihan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu hadir ke Dewan Rakyat untuk mendengar pembentangan Belanjawan 2026
  • Walaupun dalam tempoh cuti sakit, beliau tetap hadir kerana menganggap pembentangan belanjawan penting untuk kepentingan rakyat dan sektor pertanian
  • Mohamad tidak dapat menerima sebarang temuramah kerana dinasihatkan doktor untuk berehat
  • Beliau mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan sepanjang tempoh pemulihannya
  • Mohamad menerima rawatan di Institut Jantung Negara akibat simptom keletihan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!