Mohamad Sabu jalani rawatan rutin di IJN, keadaan stabil

Mohamad Sabu - Foto fail Bernama
Mohamad Sabu - Foto fail Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu kini menerima rawatan rutin di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur dengan keadaan beliau adalah stabil.

Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan pasukan perubatan menasihatkan Mohamad untuk berehat disebabkan terdapat simptom keletihan.

"Buat masa ini, menteri tidak dapat menerima tetamu bagi membolehkan beliau mendapat rehat secukupnya,” menurut kenyataan itu.

Pejabat menteri merakamkan penghargaan atas doa dan keprihatinan semua pihak terhadap kesihatan Mohamad. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu sedang menerima rawatan rutin di Institut Jantung Negara
  • Keadaannya adalah stabil
  • Pasukan perubatan menasihatkan Mohamad untuk berehat kerana terdapat simptom keletihan
  • Buat masa ini, beliau tidak dapat menerima tetamu untuk mendapatkan rehat secukupnya
  • Pejabat menteri merakamkan penghargaan atas doa dan keprihatinan semua pihak terhadap kesihatan Mohamad

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!