Belanjawan 2026: RUU jenayah siber digubal, tangani scammer

Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber akan digubal bagi menangani jenayah siber termasuk isu sindiket penipuan (scammer) dengan lebih menyeluruh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) menubuhkan Pusat Pembangunan Keselamatan Siber dan Kriptologi bagi memperkukuh kedaulatan digital dan keselamatan siber negara.

"Sejumlah RM12 juta diperuntukkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) yang kini dikemudi secara langsung oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar pengendalian kes penipuan kewangan lebih pantas dan cekap," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, peranan D11 (Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak) PDRM diperkasa dalam menangani jenayah seksual yang mengeksploitasi kanak-kanak di ruang siber.

"RM20 juta bagi memodenkan sistem dan kepakaran forensik digital selain menubuhkan 'Behavioural Science Unit' yang menganalisis pola tingkah laku dan profil jenayah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber akan digubal untuk menangani jenayah siber termasuk sindiket penipuan
  • Agensi Keselamatan Siber Negara menubuhkan Pusat Pembangunan Keselamatan Siber dan Kriptologi untuk memperkukuh kedaulatan digital negara
  • Sejumlah RM12 juta diperuntukkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan yang dikemudi oleh Polis Diraja Malaysia untuk pengendalian kes penipuan kewangan
  • Peranan D11 PDRM diperkasa dalam menangani jenayah seksual yang mengeksploitasi kanak-kanak di ruang siber
  • RM20 juta diperuntukkan untuk memodenkan sistem dan kepakaran forensik digital serta menubuhkan 'Behavioural Science Unit'

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!