Misi flotilla: Antara solidariti kemanusiaan, tanggapan negatif dunia maya

Walau dihentam di ruang maya, suara solidariti rakyat Malaysia masih bergema biarpun misi diserang dengan fitnah, tetapi semangat kemanusiaan tidak mampu ditawan.
Walau dihentam di ruang maya, suara solidariti rakyat Malaysia masih bergema biarpun misi diserang dengan fitnah, tetapi semangat kemanusiaan tidak mampu ditawan.
A
A
A

MISI Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Madleens to Gaza (TMTG) yang disertai aktivis Malaysia terus menjadi tumpuan, bukan sahaja di gelanggang diplomasi antarabangsa tetapi di ruang media sosial tempatan.

Walaupun ramai melihat penyertaan sembilan aktivis Malaysia dalam misi berkenaan sebagai lambang keberanian dan solidariti kemanusiaan terhadap rakyat Palestin, segelintir pihak mula membina naratif negatif yang mempertikai keberkesanan serta niat sebenar misi berkenaan.

Beberapa komen di media sosial mendakwa misi flotilla kali ini tidak strategik dan sekadar gimik publisiti, malah ada yang menuduh ia dilaksanakan tanpa penyelarasan dengan pihak antarabangsa.

Ada juga warga maya yang menyebarkan dakwaan kononnya organisasi di sebalik misi termasuk Global Sumud Flotilla (GSF) dan FFC gagal menyalurkan maklumat tepat mengenai perjalanan serta keselamatan peserta.

Walau bagaimanapun, tuduhan itu segera dibidas oleh banyak pihak yang menyaksikan kesungguhan aktivis negara memperjuangkan hak rakyat Gaza.

Sebahagian netizen tampil mempertahankan aktivis Malaysia dengan menegaskan mereka adalah sukarelawan kemanusiaan, bukan pencetus provokasi.

Reaksi negatif terhadap misi ini jelas cerminan cabaran era digital apabila perjuangan kemanusiaan mudah dijadikan bahan manipulasi politik dan ideologi.

Walau dihentam di ruang maya, suara solidariti rakyat Malaysia masih bergema biarpun misi diserang dengan fitnah, tetapi semangat kemanusiaan tidak mampu ditawan.

Dalam menghadapi serangan persepsi ini, kerajaan Malaysia terus kekal berpendirian tegas mempertahankan rakyat dan tidak akan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak yang cuba memesongkan misi kemanusiaan kepada agenda politik.

Artikel Berkaitan:

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!